SmtSp2

.::Selamat Datang Ke SmtSp2 Official Forum::.


Join the forum, it's quick and easy

SmtSp2

.::Selamat Datang Ke SmtSp2 Official Forum::.

SmtSp2

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
SmtSp2

Sekolah Menengah Teknik Sg.Petani 2 Official Forum


    Keajaiban azan

    dekwan
    dekwan
    Super Admin
    Super Admin


    Posts : 47
    Join date : 2008-11-09
    Age : 33
    Location : sungai petani

    Keajaiban azan Empty Keajaiban azan

    Post by dekwan Tue Dec 15, 2009 11:33 pm



    setiap hari kita mendengar
    laungan azan berkumandang lima kali yang menandakan masuknya waktu
    solat. dalam azan kita diseru agar mencapai kebahagian dunia dan
    akhirat (al-Falah). kita juga digalakkan untuk mengerjakan solat
    berjemaah di masjid kerana pahala yang dijanjikan Allah adalah lebih
    tinggi dari solat bersendirian.



    tapi agak malang buat saudara seagama kita yang tinggal di selatan
    seberang tambak kerana azan yang dilaungkan hanya berkumandang di dalam
    sekitar ruangan masjid. pembeesar suara yang digunakan tidak dibenarkan
    sama sekali menghala keluar dari arah masjid dan tertumpu ke arah awam.
    ini adalah peraturan kerajaan dengan alasan tidak mahu menggangu
    ketenteraman awam.



    azan bukan sekadar penanda masuknya waktu solat tetapi lebih dari
    itu. azan juga dilaungkan ketika kita menghadapai saat-saat kecemasan
    seperti ribut taufan, kebakaran, hujan lebat dan seumpamanya.



    azan juga dibisikkan ke telinga (kanan yang lebih afdhal) bayi
    lelaki yang baru lahir dengan tujuan kalimah pertama yang menembusi
    telinga dan terus ke hatinya adalah Allahu Akhbar.



    wallah hu aklam...



    p/s: buat renungan bersama. kalau terkurang, minta ditambah mengikut kesesuaian tajuk. kalau tersalah, harap ditegur.

      Current date/time is Tue May 07, 2024 9:53 pm